Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Negara maju ditandai warna biru (IMF, 2008).
Negara-negara yang tidak memenuhi ciri-ciri negara maju digolongkan sebagai negara membangun.
Isi kandungan[sorokkan] |
[sunting] Takrifan
Kofi Annan, bekas Setiausaha Agung PBB, menakrifkan negara maju seperti berikut. "Negara maju ialah negara yang membolehkan semua warganya menikmati kehidupan yang bebas dan sihat dalam suasana yang aman."[1] Mengikut Bahagian Statistik Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pula,- Tiadanya konvensyen tetap yang menentukan negara atau kawasan yang "maju" dan "membangun" dalam sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[2]
- Gelaran "maju" dan "membangun" adalah untuk tujuan kemudahan statistik, dan tidak semestinya menyatakan perkiraan mengenai tahap mana yang dicapai negara atau rantau tertentu dalam proses pembangunan.[3]
- Secara lazimnya, Jepun di Asia, Kanada dan Amerika Syarikat di Amerika Utara, Australia dan New Zealand di Oceania, dan Eropah dianggap sebagai rantau atau kawasan "maju". Mengikut statistik perdagangan antarabangsa, Kesatuan Kastam Afrika Selatan juga dikira sebagai kawasan maju dan juga Israel sebagai negara maju; negara-negara yang bangkit dari bekas Yugoslavia dikira sebagai negara membangun; dan negara-negara Eropah Timur dan Komanwel Negara-Negara Merdeka (kod 172) di Eropah tidak terkira sebagai rantau maju mahupun membangun.[2]
[sunting] Indeks Pembangunan Manusia
Peta dunia yang menandakan Indeks Pembangunan Manusia (berasaskan data
2007, terbitan 5 Oktober 2009)
(Peta
mesra buta warna) Untuk yang mengalami masalah penglihatan warna
merah hijau.
██ 0.950 and Over ██ 0.900–0.949 ██ 0.850–0.899 ██ 0.800–0.849 ██ 0.750–0.799 | ██ 0.700–0.749 ██ 0.650–0.699 ██ 0.600–0.649 ██ 0.550–0.599 ██ 0.500–0.549 | ██ 0.450–0.499 ██ 0.400–0.449 ██ 0.350–0.399 ██ under 0.350 ██ not available |
Sejak tahun 1980, Norway (2001-2006 dan 2009), Jepun (1990-91 dan 1993), Kanada (1992 dan 1994-2000) dan Iceland (2007-08) mencapai markah IPM tertinggi. Negara yang bermarkah lebih 0.800 dianggap ada pembangunan insan bertaraf "tinggi". 38 negara teratas mencatat markah 0.902 in Malta hingga 0.971 dan Norway.[9]
Kebanyakan negara yang disenaraikan oleh IMF atau[10] CIA sebagai "maju" (pada tahun 2009), mencatat IPM melebihi 0.9 (pada tahun 2007). Kebanyakan negara[11] yang mencatat IPM 0.9 ke atas (pada tahun 2007), juga disenaraikan oleh IMF atau CIA sebagai "maju" (pada tahun 2009). Oleh yang demikian, kebanyakan "ekonomi maju" (pada tahun 2009) dicirikan dengan markah HDI 0.9 ke atas (pada tahun 2007).
Indeks terkini dikeluarkan pada 5 Oktober 2009, meliputi tempoh sehingga tahun 2007. Berikut ialah 38 negara yang dikelaskan sebagai memiliki "Pembangunan manusia amat tinggi" dengan IPM pada 0.900 atau lebih.[12]
|
|
[sunting] Senarai Negara Maju lain
Hanya terdapat tiga pertubuhan yang mengeluarkan senarai "negara maju", iaitu PBB (senarai ditunjukkan di atas), CIA[13] dan FTSE Group (senarainya tidak dimasukkan kerana mengaitkan negara maju dengan negara berpendapatan tinggi dan berpasaran maju yang tidak dianggap relevan secara langsung di sini.[14] Namun demikian, terdapat banyak lagi pertubuhan lain yang mengeluarkan senarai seumpamanya yang dijadikan bahan rujukan untuk sesiapa yang membincangkan negara maju. IMF mengenal pasti 34 "ekonomi maju",[7] OECD yang terkenal dengan jolokan 'kelab negara maju' [15][16][17] dianggotai oleh 30 negara. Bank Dunia mengenal pasti 66 "negara berpendapatan tinggi". Pantauan kualiti hidup Economist Intelligence Unit dan senarai negara yang berkerajaan kebajikan juga dinyatakan dalam rencana ini. Ukuran-ukuaran bagi penggunaan senarai ini serta penyertaan negara dalam senarai berkenaan selalunya tidak dinyatakan dengan jelas, apalagi sesetengah senarai ini menggunakan data yang agak lama.[sunting] Ekonomi maju IMF
Menurut IMF, 34 negara berikut digolongkan sebagai "negara maju":[7]Amerika Syarikat
Australia
Austria
Belanda
Belgium
Cyprus
Republik Czech
Denmark
Finland
Greece
Hong Kong
Iceland
Ireland
Israel
Itali
Jepun
Jerman
Kanada
Korea Selatan
Luxembourg
Malta
New Zealand
Norway
Perancis
Portugal
San Marino[18]
Sepanyol
Singapura
Slovakia
Slovenia
Sweden
Switzerland
Republik China
United Kingdom
Senarai CIA tidak memasukkan Cyprus, Republik Czech, Malta, Slovakia dan Slovenia yang kelima-limanya dimasukkan dalam senarai IMF semenjak senarai CIA membuat andaian sendiri mengenai senarai IMF, tetapi ada mengambil Turki.
[sunting] Ahli Jawatankuasa Bantuan Pembangunan
Terdapat 24 ahli (23 negara anggota OECD terpilih dan Suruhanjaya Eropah) dalam Jawatankuasa Bantuan Pembangunan (Development Assistance Committee, DAC),[19] ialah sekumpulan negara penderma utama dunia yang membincangkan isu-isu berkenaan bantuan pembangunan dan pembasmian kemiskinana di negara-negara membangun.[20] Pada tahun 2010, negara anggota OECD berikut ialah ahli DAC:[sunting] Rujukan
- ↑ http://www.unescap.org/unis/press/G_05_00.htm
- ↑ 2.0 2.1 "Composition of macro geographical (continental) regions, geographical sub-regions, and selected economic and other groupings (footnote C)". United Nations Statistics Division. revised 17 October 2008. http://unstats.un.org/unsd/methods/m49/m49regin.htm#ftnc. Capaian 2008-12-30.
- ↑ http://unstats.un.org/unsd/methods/m49/m49.htm
- ↑ http://www.businesspme.com/uk/articles/economics/78/East-Asian-Tigers-.html
- ↑ http://travel.state.gov/travel/cis_pa_tw/cis/cis_1018.html
- ↑ http://www.ft.com/cms/s/0/98c62f1c-850f-11dd-b148-0000779fd18c.html
- ↑ 7.0 7.1 7.2 7.3 7.4 IMF Advanced Economies List. World Economic Outlook, Database—WEO Groups and Aggregates Information, Oktober 2009.
- ↑ "UN. (2006). Human Development Report.". http://hdr.undp.org/hdr2006/statistics/flash/statistics_hdi.cfm. Capaian 2007-07-07.
- ↑ "UN. (2008). Human Development Index: A Statistical Update.". http://hdr.undp.org/en/mediacentre/news/title,15493,en.html. Capaian 2008-12-22.
- ↑ Pengelasan rasmi "negara maju" (advanced countries) mula-mula dicipta oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Senarai IMF tidak membincangkan negara bukan anggota IMF. CIA hendak mengikut senarai IMF dengan menambah beberapa negara yang tidak diuruskan oleh IMF gara-gara bukan negara anggota. Pada Mei 2001, senarai negara maju CIA lebih menyeluruh berbanding senarai IMF. Namun begitu, sejak Mei 2001, tiga negara baru (Cyprus, Malta dan Slovenia) dimasukkan dalam senarai asli IMF, maka senarai CIA tidak terkemaskini.
- ↑ Iaitu negara berdaulat, tidak termasuk Macau: Pada tahun 2003, kerajaan Macau menghitung IPM-nya pada 0.909 (PBB tidak mengira IPM Macau); Pada Januari 2007, akhbar People's Daily melaporkan (dari Laporan Pemodenan China 2007): "Pada tahun 2004...Macau...telah mencapai tahap negara maju". Bagaimanapun, Macau tidak diiktiraf oleh mana-mana pertubuhan antarabangsa sebagai wilayah yang maju, sementara pertubuhan UNCTAD (di PBB), dan juga CIA, mengelaskan Macau sebagai wilayah "membangun". The Bank Dunia mengelaskan Macau sebagai ekonomi berpendapatan tinggi (bersama ekonomi maju yang lain serta sebilangan kecil negara membangun).
- ↑ [1]
- ↑ 13.0 13.1 CIA (2008). "Appendix B. International Organizations and Groups. World Factbook.". https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/appendix/appendix-b.html. Capaian 2008-04-10.
- ↑ http://www.ftse.com/Indices/Country_Classification/Downloads/FTSE_Country_Classification_Sept_09_update.pdf Menurut Developed Countries Glossary: "The following countries are classified by FTSE as developed countries: Australia, Austria, Belgium/Luxembourg, Canada, Denmark, Finland, France, Germany, Greece, Hong Kong, Ireland, Israel, Italy, Japan, Netherlands, New Zealand, Norway, Portugal, South Korea, Singapore, Spain, Sweden, Switzerland, United Kingdom and the United States."
- ↑ http://www.hungarianquarterly.com/no160/104.shtml
- ↑ http://www.indianexpress.com/old/ie/daily/19971214/34850733.html
- ↑ http://www.esri.go.jp/en/forum1/minute/minute26-e.html
- ↑ World Economic Outlook, International Monetary Fund, Oktober 2009, perenggan kedua, baris 9–10.
- ↑ http://www.oecd.org/document/38/0,3343,en_2649_34603_1893350_1_1_1_1,00.html
- ↑ DAC website >> "The DAC in Dates", On the DAC's self-description, see the introductory letter. On other events, refer to the relevant section by date.
[sunting] Pautan luar
- IMF (advanced economies)
- The Economist (quality of life survey)
- The World Factbook (developed countries)
- United Nations Statistics Division (definition)
- United Nations Statistics Division (developed regions)
- World Bank (high-income economies)
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar